Ketua Menteri Sabah Jalani Kuarantin Kendiri

- Advertisement -

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

Langkah itu diambil selepas beliau dikatakan terdedah dengan individu disahkan positif Covid-19.

“Untuk makluman bahawa sebagai langkah berjaga-jaga, YAB Ketua Menteri telah secara sukarela mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu.

“Ia setelah beliau terdedah dengan individu yang kemudian disahkan positif Covid-19,” memetik kenyataan media setiausaha kerajaan negeri Sabah.

Bagaimanapun, segala urusan pentadbiran kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa dan sebarang mesyuarat akan diadakan secara dalam talian.

Hajiji mula mengetuai pentadbiran kerajaan negeri Sabah selepas mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada 29 September lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat