Pelaburan dijaja masuk Sabah hanya angka atas kertas bukan atas meja makan rakyat – BN Lahad Datu

KUALA LUMPUR – Pelaburan yang dijaja masuk ke Sabah oleh Ketua PGRS Moyog, Ceasar Mandela Malakun hanyalah angka di atas kertas, bukan hasil di meja makan rakyat.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Lahad Datu Muhamad Gadzali Said berkata, lebih tragis, Mandela menjual dongeng bahawa kegagalan “Langkah Kinabalu” membuka jalan kepada pelaburan asing berbilion ringgit.

Katanya, hakikat realiti kehidupan sangat berbeza, rakyat Sabah masih berdepan masalah asas elektrik terputus, air tidak cukup, jalan berlubang, pengangguran membelenggu.

“Ceasar Mandela Malakun hanya seorang “pemimpin sifar kerusi” yang cuba hidup dengan menipu fakta, menulis sejarah ikut selera, dan menjual propaganda murahan.

“Umno Sabah berdiri dengan mandat sah 14 kerusi, sedangkan beliau tidak pernah mendapat mandat rakyat.

“Umno Sabah kekal faktor penentu politik negeri. Mandela pula hanyalah sisa politik tanpa nilai, yang akhirnya hanya menjadi bahan lawak kerana kejahilannya sendiri,” bidas Gadzali.

Beliau berkata demikian mengulas Mandela yang sebelum itu menyatakan, kegagalan ‘Langkah Kinabalu’ Bung Moktar sebenarnya rahmat tersembunyi kerana selepas beliau berundur, GRS dan PH dapat bawa kestabilan politik yang sangat diperlukan di Sabah, sekali gus menarik berbilion ringgit pelaburan asing dan mewujudkan ribuan peluang pekerjaan.

Gadzali menambah lagi, kenyataan Mandela Malakun kononnya menyerang Umno Sabah berhubung “Langkah Kinabalu” jelas membuktikan betapa dangkal dan songsangnya pemahaman beliau terhadap sejarah politik negeri.

“Apa yang keluar dari mulutnya bukan analisis, tetapi pembohongan yang berlapis-lapis. Paling melucukan, Mandela mendakwa Umno melanggar persetujuan awal dengan GRS dan PBS kerana bertanding 41 kerusi, bukannya 27. Soalnya, GRS belum wujud pun pada PRN ke-16! Ini penipuan fakta paling memalukan.

“Sama ada beliau jahil sejarah atau memang sudah menjadi hobi menipu rakyat, kedua-duanya hanya menyerlahkan betapa ceteknya integriti seorang ketua parti tanpa kerusi.

“Bagaimana mungkin seseorang yang mahu bercakap soal maruah politik tetapi tidak tahu asas sejarah pilihan raya? Lebih parah, Mandela cuba menggambarkan Speaker DUN sebagai boneka Umno yang boleh digerakkan sesuka hati.

“Kepada Mandela, Speaker walau asal-usulnya dari Umno, berfungsi mengikut mandat kerajaan yang memerintah, bukan mainan kawalan jauh parti,” tegas Gadzali.

Katanya, bila Mandela mengulang naratif sebegini, ia hanya mengesahkan kelemahan hujahnya yang tidak pernah menjejak realiti kuasa.

“Isu pengkhianatan janji portfolio Menteri Kerja Raya yang dibangkitkan Bung Moktar juga cuba diputar.

“Kononnya Umno tidak boleh bercakap soal pengkhianatan kerana mendapat tiga menteri penuh, pembantu menteri dan jawatan GLC.

“Ini logik orang terdesak. Hakikatnya, janji yang dimungkiri tetap pengkhianatan, walau ditutup dengan gula-gula jawatan lain. Hujah Mandela tidak ubah seperti pencuri yang cuba menjustifikasi perbuatannya dengan alasan sudah pulangkan barang curi,” selar Gadzali.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat