“Rakyat Sungai Siput Rindukan MIC”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PARLIMEN Sungai Siput tradisinya ditanding Presiden MIC sejak zaman mendiang Tun V.T Sambanthan lagi dan ini diteruskan oleh Tun S. Samy Vellu dan menang selama lapan penggal di Parlimen itu sebelum beliau kalah pada pi­lihan raya 2008 kepada M. Jeyakumar daripada PSM.

Selepas itu, dua percubaan MIC untuk merampas Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan PRU14 menerusi Timbalan Presiden ketika itu, Datuk Seri SK Devamany, gagal.

Pada PRU13, Devamany kalah kepada Jeyakumar dari PSM dan pada PRU-14, beliau kalah kepada calon PKR, S. Kesavan.

Tiga penggal kerusi Parlimen Sungai Siput terlepas daripada MIC, penduduk di situ dikatakan sudah mulai merindukan sentuhan MIC dan mereka menerima khabar gembira apabila Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran akan bertanding di Parlimen itu.

Lapor Utusan sumber memberitahu, Vigneswaran sah akan bertanding di Parlimen Sungai Siput pada PRU-15, dan ini merupakan peluang terbaik untuk MIC merampas semula kerusi berkenaan.

Malah, difahamkan Vigneswa­ran membuat kaji selidik dan terus memulakan gerak kerja bertemu pengundi Sungai Siput sejak dua tahun lalu.

Ternyata pengundi menerima baik kehadiran beliau menerusi bantuan dan sumbangan yang berterusan kepada penduduk selain ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin.

“Berbanding sokongan terha­dap MIC pada pilihan raya sebe­lum ini, penduduk di sini memang mahu MIC kembali ke Sungai Siput.

“Tiga penggal tanpa MIC, orang di sini semakin rindukan MIC. Masakan tidak, semasa Samy Vellu menjadi pemimpin mereka di sini, beliau banyak memberikan bantuan terutama pendidikan dan peluang pekerja, penduduk di sini mahukan peluang-peluang sebegitu dikembalikan di sini.

“Peluang MIC kali ini lebih baik, jadi pengundi Sungai Siput sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang untuk MIC kembali bersama mereka,” kata sumber MIC bahagian Sungai Siput.

Dari segi kepimpinan, bekas di-Pertua Dewan Negara itu pernah menerajui Pemuda MIC.

Beliau menggunakan pende­katan secara terus bertemu pe­ngundi di Sungai Siput menerusi pelbagai program turun padang dengan kerap dan boleh rakyat mengadukan masalah secara te­rus kepada beliau.

Hubungan beliau dengan Barisan Nasional (BN) Sungai Siput juga erat terutama dengan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Zolkafly Harun yang juga exco negeri.

Sebagai bekas ketua Pemuda MIC, Vigneswaran tiada masalah untuk mendekati pengundi 18 tahun yang akan mengundi buat pertama kali pada PRU15.

Malah, beliau mempunyai hu­bungan erat dengan ketua-ketua cawangan MIC Sungai Siput yang terdiri daripada orang muda.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat