KKM bakal umum berita gembira untuk aktiviti sukan – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi respons segera atas desakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung aktiviti sukan outdoor.

Dalam ciapan Twitternya, Khairy memaklumkan, ada berita baik yang akan diumumkan tidak lama lagi berhubung aktiviti sukan berpasukan di luar bangunan (outdoor).

“Permintaan Faizal untuk ‘outdoor team sports’ adalah wajar.

“Menteri KBS memang prihatin terhadap sektor sukan. Tadi dibincang dan diputuskan di sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19.

“Berita yang baik akan diumumkan,” ujar Khairy.

Maklum balas itu dibuat susulan ciapan Menteri Belia dan Sukan yang memohon agar gimnasium dan sukan padang turut dibuka semula dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, seperti pawagam yang dibenarkan beroperasi mulai esok.

Kata Khairy, saranan Ahmad Faizal untuk kebenaran aktiviti luar sememangnya wajar, dan perkara itu telah pun dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Covid-19.

Dalam ciapan susulan, Khairy menyentuh isu gimnasium iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama MKN akan membangunkan garis panduan pengudaraan yang harus dipatuhi sebelum ia dibenarkan dibuka.

Namun, katanya, ia tidak akan memakan masa yang lama.

“Untuk gimnasium, KKM akan bersama-sama MKN akan membangungkan garis panduan pengudaraan yang harus dipatuhi. Ini tidak akan memakan masa yang lama, tetapi kerana ciri pusat kesihatan indoor (dalam bangunan), kita mesti tekankan keperluan pengudaraan yang tertentu.

“(Kami) Sedang mengusahakannya dalam kadar segara,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat