Aksi Ronaldo Bersama Man United Tertangguh

- Advertisement -

LONDON: Cristiano Ronaldo dilaporkan tidak dapat beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika Manchester United berdepan Newcastle United, Sabtu ini.

Sejurus melengkapkan perpindahan ke Old Trafford hujung bulan lalu, tarikh 11 September menjadi tumpuan buat penyerang Portugal itu melakukan kemunculan pertama bersama kelab yang disertai buat kali kedua berkenaan.

Bagaimanapun menurut laporan beberapa media tempatan bekas pemain Juventus itu mungkin terpaksa menunggu sehingga minggu depan untuk mewakili kelab baharunya itu.

Ronaldo terpaksa menjalani kuarantin sejak melakukan perjalanan dari negara asalnya minggu lalu, sekali gus menghalangnya untuk meluangkan masa di pusat latihan United.

Bos Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer terpaksa mengetepikan pemain veteran itu sementara minggu ini sehingga kunjungan berdepan Young Boys dalam kempen Liga Juara-Juara, tiga hari kemudian.

– Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat