Dayang risau keadaan Sandra

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas mentor Sandra Dianne ketika bersaing dalam program realiti, Mentor Legend 2014, Dayang Nurfaizah terkejut dan sedih sebaik mendapat tahu kemalangan menimpa penyanyi itu.

Dayang berharap dapat melawat Sandra, namun, memahami keadaan bekas anak didiknya itu sekarang, niat itu tidak mampu ditunaikan.

“Sebaik mendapat berita mengenai Sandra, saya seperti tidak percaya. Saya sentiasa mendoakan mudah-mudahan dia cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.

 

Dayang berharap keluarga Sandra tabah dan kuat berdepan dugaan apabila penyanyi itu ditimpa kemalangan, Sabtu lalu. Foto IG Dayang Nurfaizah
Dayang berharap keluarga Sandra tabah dan kuat berdepan dugaan apabila penyanyi itu ditimpa kemalangan, Sabtu lalu. Foto IG Dayang Nurfaizah

 

“Saya bersimpati dengan keluarga Sandra dan berharap mereka terus kuat,” katanya kepada BH Online.

Sabtu lalu, Sandra ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan mengikuti latihan program realiti, Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Dalam insiden itu, Sandra bersama seorang lagi penumpang dipercayai sepupunya, dalam perjalanan ke PICC bagi menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.

Nahas itu berlaku pada jam 2.30 petang.

Sementara itu, sehingga malam tadi, Sandra dilaporkan masih belum sedarkan diri.

Perkembangan terkini Sandra disahkan wakil syarikat rakaman, Sony Music, Vea Norman.

Vea memberitahu, keluarga Sandra masih berada di Hospital Putrajaya bagi mengikuti perkembangan terkini penyanyi lagu Hey! Kau itu yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat