BN Akan Wujudkan Lebih Peluang Pekerjaan Di Sabah – Zahid Hamidi

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) akan mempastikan peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah akan diberi keutamaan jika BN menang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 September ini.

Pengerusi Barisan Nasional, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu skim akan diwujudkan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan dan yang tidak mempunyai pekerjaan. Skim ini akan memberi latihan kepada mereka dan terus diberi pekerjaan.

“kepada golongan muda, BN akan pastikan mereka diberi latihan kemahiran.

“BN yakin pembangunan ekonomi Sabah dapat dibangunkan semula”, katanya ketika merasmikan Jentera Barisan Nasional Sabah, disini.

Turut hadir pada majlis itu  Timbalan Pengerusi BN, Dato Seri Utama Mohamad b Hasan, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa, kepimpinan komponen BN Sabah, Naib-Naib Presiden UMNO, Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri BN serta para penyokong BN.

Disamping itu, Ahmad Zahid berkata, Dewan Tertinggi BN berpendapat Sabah perlu ditadbir oleh anak-anak Sabah. Itu sebab Dewan Tertinggi BN memberi kuasa autonomi kepada BN dan UMNO Sabah untuk memilih calon -calon untuk bertanding pada PRN Sabah kali ini.

“Jika BN menang, Adun-adun yang menang akan memilih calon Ketua Menteri Sabah dikalangan mereka sendiri.

“Inilah kali pertama dalam sejarah BN dan UMNO negeri Sabah diberi kuasa autonomi, ini adalah satu kotmitmen Dewan Tertinggi kepada BN dan UMNO negeri”, ujarnya.

Ahmad Zahid juga meminta rakyat Sabah untuk memilih BN, kerana “track record” BN adalah yang terbaik. Banyak pembangunan telah dibawa ketika BN mentadbir negeri.

“Disebabkan fitnah dan tohmah, rakyat terpengaruh. Rakyat menyesal kerana Warisan gagal menunaikan manifesto yang mereka janjikan.

“2 tahun Sabah diperintah Warisan, banyak masalah dibawa oleh mereka seperti tidak mengutamakan pembangunan ekonomi Sabah, projek-projek yang sedang dilaksana seperti lebuh raya PAN Borneo terbengkalai, dan peluang pekerjaan yang tidak banyak”, katanya. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat