PRN Sabah diteruskan meskipun kes Covid-19 meningkat

- Advertisement -

TAWAU – Meskipun kes positif Covid-19 mencatatkan peningkatan bahkan, Kementerian Kesihatan mengisytiharkan  Lahad Datu  sebagai zon merah namun, Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa diteruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu kecuali sekiranya hasil keputusan Mahkamah Rayuan yang mencabar perkenan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, memihak kepada bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman.

“Undang-undang jelas, bahawa apabila berlakunya pembubaran Dewan, kita perlu adakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari, kecuali kalau sekiranya ada keputusan di sebaliknya.

“Oleh sebab itulah, di mahkamah sekarang ini ada dua kes. Satunya, kes yang mencabar kesahihan pembubaran oleh TYT yang terbaru. Kes yang kedua, kes yang telah lama,” katanya, merujuk kepada kes tahun 2018.

Mahkamah Rayuan semalam menangguhkan prosiding rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, termasuk Musa, untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan pembubaran DUN oleh TYT pada 30 Julai lepas.

Hakim menetapkan prosiding berkenaan disambung hari ini.

Namun, kata Takiyuddin, bagi meneruskan PRN Sabah, kerajaan harus menyediakan satu kaedah yang lebih selamat bagi memastikan tiada penularan Covid-19 berlaku di kalangan pengundi.

Tetapi, tambah beliau yang juga Setiausaha Agung Pas, ia pasti akan melibatkan kos yang sangat tinggi.

“Pokoknya, mahu atau tidak mahu, kerajaan perlu membuat persiapan walaupun di zaman pandemik ni.

“Saya pernah jawab di dalam Parlimen, jika sekiranya di seluruh negara dibubarkan Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), kita terpaksa menyiapkan satu peruntukan yang begitu tinggi.

“Kalau pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kita membelanjakan sekitar RM500 juta, masa ini, kalau seluruh Parlimen dan DUN di Malaysia ini dibubarkan, kita perlu sekitar RM1.2 bilion,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pas berhasrat bertanding di 10 kerusi DUN pada PRN Sabah.

Beliau bagaimanapun berkata perincian kawasan DUN yang bakal ditandingi parti itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat