Zahidi dakwa Hannah manipulasi fakta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa wakil rakyat DAP, Hannah Yeoh memanipulasi fakta dan kronologi isu Veveonah Mosibin.

Katanya, laporan portal Malaysiakini bertajuk “Hannah bidas timbalan menteri ‘buli siber’ Veveonah” adalah sangat tidak tepat dan berniat jahat untuk memanipulasi fakta dan kronologi isu kontroversi ini.

“Tidak pernah dalam mana-mana keadaan saya menegakkan ‘benang basah’ atau cuba memberi gambaran negatif kepada Veveonah Mosibin seperti yang cuba digambarkan oleh Hannah.

“Semalam juga saya telah membuat sidang media bagi menerangkan kesalahan fakta tersebut kerana mendapat maklumat daripada Ahli Parlimen kawasan Veveonah,” katanya dalam di entri Facebooknya, hari ini.

Ahli Parlimen Padang Besar itu menegaskan, tidak pernah dalam mana-mana keadaan selepas kekhilafan di Dewan Negara yang menunjukkan beliau menunding jari kepada Veveonah.

“Malahan dalam sidang media tersebut, saya menyatakan akan berjumpa Veveonah untuk mendengar sendiri pandangan beliau dan menyelesaikan kontroversi ini.

“Sehubungan dengan itu, sikap Hannah menunding jari seolah-olah saya melakukan buli siber adalah sangat semberono dan cubaan mencari politik murahan.

“Saya fikir ini juga merupakan budaya politik yang jijik dan tidak waras DAP mengambil kesempatan membakar emosi secara ‘mislead’ rakyat bagi meraih keuntungan politik,” ujarnya.

Tegas Zahidi, DAP perlu berhenti menjadikan cara ini sebagai kelaziman budaya politik mereka.

Terdahulu, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh membidas layanan dua timbalan menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap pelajar dari Sabah, Veveonah Mosibin, berkata tindakan mereka itu sebagai buli siber.

“Sekiranya anda tidak dapat melihatnya, ini sebenarnya adalah tindakan buli siber. Oleh timbalan menteri terhadap budak kecil (young child).”

Hannah mengulas tindakan Zahidi dan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri yang pada awalnya mempersoalkan kredibiliti video tular milik Veveonah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat