Video: Pesawat Air India Express, Terbelah Dua

- Advertisement -

India – Sebuah pesawat yang membawa 191 penumpang dan anak kapal dilaporkan tergelincir dari landasan ketika mendarat di lapangan terbang Kozhikode di Kerala, India, sebentar tadi.

Pesawat tersebut dikatakan berlepas dari Dubai sebelum dilaporkan mengalami kemalangan ekoran cuaca hujan lebat.

Menurut laporan NDTV, imej di lokasi menunjukkan pesawat dari Dubai itu telah terbelah dua, dengan serpihannya bertaburan di atas landasan.

Memetik laporan CNN pula, setakat ini tiga individu dilaporkan terkorban, melibatkan seorang juruterbang dan dua orang penumpang.

Juruterbang yang terkorban dikenali sebagai Kapten Deepak Sathe adalah merupakan bekas juruterbang pesawat tempur di Angkatan Tentera Udara India dan pernah di anugerahkan pingat ‘Sword of Honour’.

Terdapat juga laporan penumpang mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat di kawasan tersebut sekitar jam 7:40 malam waktu tempatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat