Guan Eng Luah Rasa Hati Pedih, Pilu Melihat Isterinya Ditahan SPRM

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meluahkan rasanya hatinya berhubung penahanan isterinya, Betty Chew Gek Cheng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu berkata hatinya sangat pedih dan pilu apabila isterinya yang di dakwa tidak mempunyai kaitan dengan skandal terowong itu turut ditahan.

“Hati saya sangat pedih dan pilu apabila isteri saya Betty Chew ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia walaupun dia tidak ada kaitan dengan projek terowong mahupun apa-apa hal kerajaan.

Sedikit lega apabila dia telah dilepaskan daripada tahanan. Bimbang juga jika dia ditahan bermalam di lokap SPRM seperti saya semalam,” katanya melalui satu muatnaik di laman Facebook sebentar tadi.

Guan Eng turut menceritakan pengalamannya yang terpaksa tidur di atas lantai papan tanpa bantal di lokap SPRM semalam.

“Saya terpaksa menukar pakaian ke baju oren lokap SPRM, mengharungi tidur malam beralaskan lantai papan bilik lokap yang sempit (tanpa bantal mahupun tilam).

“Tidak bernasib baik seperti Menteri Kewangan sebelum saya yang tidak perlu bermalam walau satu malam pun dalam lokap. Sama ada ini satu bentuk pilih kasih atau tidak, hanya SPRM yang boleh menjawabnya,” ujarnya lagi.

Menurut Guan Eng tindakan SPRM menahan isterinya itu disifatkan sebagai menyeksa tanpa belas.

“Saya tidak hairan PN cuba menekan saya dengan tuduhan tidak berasas. Ini kerana kerajaan yang tidak dipilih rakyat ini perlu mengukuhkan majoriti tipis mereka di Parlimen.

“Tetapi untuk mereka menjadikan isteri saya sebagai sasaran, yang walaupun seorang peguam namun tidak pernah hidup dengan mewah, membuktikan bahawa mereka sanggup menyeksa jiwa tanpa perasaan belas kasihan.

Terdahulu peguamnya mengesahkan SPRM telah menahan Betty berhubung satu laporan berkenaan sebuah syarikat swasta, Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd yang didakwa mempunyai kaitan dengannya.

Betty akan dituduh di Mahkamah Butterworth Selasa ini, mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat