Kisah Di Sebalik Vape H20

Peruntukkan RM2.07 Juta Bantu Golongan B40 Di Labuan: Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan (PL) memperuntukkan RM2.07 juta bagi Inisiatif Wilayah Cakna 4.0 untuk membantu golongan B40 dan miskin di...

Mayat Pelajar Malaysia Di Taiwan Mati Dibunuh Ditemui Dalam Hutan

TAIPEI – Keluarga mangsa bunuh di Taiwan yang merupakan warganegara Malaysia akan berlepas ke negara itu selepas dibenarkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa dengan...

KTMB Lanjut Promosi Diskaun 50 Peratus Tiket ETS Hingga 16 November

PUTRAJAYA - Tidak sampai tiga jam Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rayuan menerusi akaun sosial beliau berhubung tawaran diskaun tiket Keretapi Tanah Melayu...

Penjara Sungai Udang Jadi Hospital Sementara Banduan Positif Covid-19

MELAKA - Sebuah hospital sementara akan dibuka di Penjara Sungai Udang di sini, sebagai persediaan sekiranya berlaku peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) dalam kalangan...

1,000 Pesakit Covid Pulih Hari Ini, 659 Kes Baru Direkodkan – KKM

PUTRAJAYA - Malaysia mencatatkan sebanyak 1,000 kes pulih sepenuhnya COVID-19 pada 31 Oktober menjadikan ia jumlah terbesar sejak pandemik ini melanda negara. Menurut Ketua Pengarah...

Oleh Abdul Muein Abadi (Pelajar PhD, Leiden University, Belanda)

Apa jadi sebenarnya hinggakan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghisap vape di Parlimen baru-baru ini?

Salah tetap salah, dan Datuk Seri Hishammuddin pun sudah memohon maaf serta berjanji akan membayar denda.

Namun begitu, saya terpanggil untuk berkongsi latar cabaran getir geopolitik serta apa yang terjadi dalam tempoh 24 jam lalu khususnya melibatkan Kementerian Luar Negeri kita yang diketuai Datuk Seri Hishammuddin.

Sesiapa yang mengikuti rapat perkembangan di rantau Laut China Selatan pasti akan tahu bahawa negara kita saat ini berdepan tiga cabaran getir.

Pertama ialah China yang baru sahaja mencipta rekod penerbangan 10 jam pesawat pejuang Sukhoi SU-30 mereka di Laut China Selatan.

Kejayaan China ini sekali gus melengkapkan persediaan Tentera Udara dan Tentera Laut mereka sebelum ini yang mengerahkan angkatan kapal induk pesawat (aircraft carrier) dan kapal selam nuklear Jin-Class dengan kekuatan udara di Laut China Selatan.

Bukan lagi rahsia bahawa dengan kapal pengawal pantai (CCG) dan kapal pemusnah (destroyer) sekali pun China terbukti mampu menceroboh Zon Maritim kita sebanyak 89 kali sejak tahun 2016.

Hal ini berkait dengan perkara kedua iaitu tuntutan Pentas Benua kita di PBB yang dicabar oleh China – dan kita baru sahaja mengeluarkan protes diplomatik terhadap China yang disifatkan pemerhati antarabangsa sebagai ‘luar biasa keras’.

Bagi mengurangkan ketegangan geopolitik dalam keadaan kita dan seluruh dunia sedang bergelut dengan Pandemik COVID-19, maka Datuk Seri Hishammuddin mengambil langkah proaktif menghubungi Menteri Luar China Wang Yi dan juga Setiausaha Amerika Syarikat, Mike Pompeo.

Namun begitu, pendirian kita agar persaingan geopolitik kedua-dua kuasa ketenteraan terkuat di dunia ini dikendurkan semakin tercabar dengan realiti ketiga: bukan sahaja China berterusan meningkatkan keupayaan dan kehadiran ketenteraan mereka di Laut China Selatan, bahkan dua negara Asia Tenggara lain iaitu Brunei dan Singapura baru sahaja menyertai latihan ketenteraan di Laut China Selatan bersama Amerika Syarikat dan Australia – latihan ini merupakan susulan kepada latihan Trilateral antara Amerika, Australia, dan Jepun.

Lebih memburukkan keadaan ialah Filipina bertindak mengulangi tuntutan mereka ke atas Sabah, diikuti kenyataan Setiausaha Agung Kesultanan Sulu bahawa mereka sedang mengusahakan tuntutan sama dengan tidak kurang 200 orang pengganas Sulu yang terlibat menyerang Lahad Datu pada tahun 2013 sedang kembali bersiap-sedia untuk menggerakkan sokongan 1 juta warga Sulu di Sabah.

Penegasan Datuk Seri Hishammuddin di Parlimen hari ini bahawa Sabah akan kekal sebagai milik Malaysia serta usaha beliau menghubungi Menteri Luar China Wang Yi dan Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo semuanya berlaku dalam masa 24 jam.

Sesungguhnya diplomasi ialah barisan pertahanan kita yang pertama. Maka sebagai Menteri yang bertanggungjawab mengemudi barisan hadapan pertahanan kita ini, jelas Datuk Seri Hishammuddin berdepan begitu banyak cabaran dan tekanan dalam masa yang singkat.

Pakar psikologi boleh mengesahkan bahawa individu yang menghisap rokok atau vape sebenarnya berkemungkinan sedang cuba untuk meredakan tekanan besar yang sedang mereka hadapi. Namun Vape bukanlah satu-satunya kaedah mengurangkan tekanan.

Maka sama-sama kita nasihati beliau agar mengurangkan tabiat vape dan memilih kaedah lain yang lebih baik untuk kesihatan.

Semoga Allah memelihara beliau dan seluruh warga Kementerian Luar Negeri kita yang bekerja keras di sebalik tabir demi kepentingan negara kita.

Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Ahmad Zahid Tukar Fikiran, Tak Jadi Jumpa Muhyiddin

PUTRAJAYA- Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri...

UMNO Tolak Muhyiddin, Tukar Slogan “Yes Anwar, No DAP, No Mahathir”?

KUALA LUMPUR- Ura-ura UMNO berpaling sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hangat diperdebatkan. Awal hari ini, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk...

Berita Berkaitan

Mayat Pelajar Malaysia Di Taiwan Mati Dibunuh Ditemui Dalam Hutan

TAIPEI – Keluarga mangsa bunuh di Taiwan yang merupakan warganegara Malaysia akan berlepas ke negara itu selepas dibenarkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa dengan...

KTMB Lanjut Promosi Diskaun 50 Peratus Tiket ETS Hingga 16 November

PUTRAJAYA - Tidak sampai tiga jam Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rayuan menerusi akaun sosial beliau berhubung tawaran diskaun tiket Keretapi Tanah Melayu...

Penjara Sungai Udang Jadi Hospital Sementara Banduan Positif Covid-19

MELAKA - Sebuah hospital sementara akan dibuka di Penjara Sungai Udang di sini, sebagai persediaan sekiranya berlaku peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) dalam kalangan...