Haqiem Rusli buka restoran pada usia 22 tahun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Istilah serik tidak pernah wujud dalam kamus hidup penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli untuk terus berjaya dalam perniagaan biarpun pernah beberapa kali ‘gulung tikar’.

Seperti lagu nyanyiannya, Jatuh Bangun, Haqiem, 22, menyifatkan apa yang berlaku sebelum ini adalah pengalaman berharga untuk dia bangkit memburu cita-cita.

“Sebelum ini, banyak bisnes saya usahakan tidak menjadi. Antara sebabnya adalah lokasi perniagaan kurang sesuai dan tiada kumpulan membantu apabila saya ada banyak komitmen.

“Namun, bagi saya, semua itu pengalaman. Kalau kita gagal sekali, bukanlah bermakna kita gagal selama-lamanya. Saya banyak berkawan dengan usahawan. Merekalah yang memberi saya semangat agar tidak berputus asa.

Memikirkan industri muzik yang ada pasang surutnya, Haqiem tidak teragak-agak membuka restoran sebagai pendapatan sampingan. Foto IG Haqiem Rusli
Memikirkan industri muzik yang ada pasang surutnya, Haqiem tidak teragak-agak membuka restoran sebagai pendapatan sampingan. Foto IG Haqiem Rusli

“Mereka menggalakkan saya menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan kerana lebih terjamin. Biar dalam apa situasi sekalipun, orang akan makan,” katanya pada majlis pelancaran restoran diusahakannya, San Thai Village di Setapak, di sini.

Ditanya apa yang membuatkan dia terdetik membuka restoran, penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi dan Lembah Kesepian ini mengaku industri seni ada pasang surut dan dirinya perlu serius memikirkan masa depan.

“Saya suka memikirkan apa yang akan berlaku pada masa depan. Adakah saya akan terus kekal dalam industri atau sebaliknya, saya sendiri tak tahu.

“Justeru, perniagaan ini adalah sebagai persediaan untuk menampung kehidupan saya pada masa akan datang.

“Kerjaya seni saya tetap seperti biasa. Berikutan kedai ini baru dibuka, dalam masa seminggu pertama, saya akan berada di sini untuk memantau sebelum sibuk dengan komitmen nyanyian,” katanya.

Selepas agak lama menyepi, Haqiem atau nama sebenar, Ridzuan Haqiem Rusli berkata, dia sudah bersedia untuk bertemu peminat dengan lagu baharu, Adlina Marie yang diangkat daripada kisah benar di Twitter.

“Lagu ini secara rasmi akan dilancarkan pada 21 Ogos ini dengan muzik video. Lama rasanya tidak muncul dengan lagu baharu.

“Ini bermakna saya akan kembali sibuk dengan urusan promosi dan sebagainya… Saya sangat teruja,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat