Isu Laut China Perlu Diselesaikan Secara Aman -Hishammuddin-

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Negeri Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn menjelaskan bahawa Malaysia sangat konsisten agar isu Laut China Selatan yang menimbulkan konflik atau pertelingkahan perlu diselesaikan secara aman.

“Isu ini sangat rumit, kerana ianya melibatkan tuntutan bertindih dengan negara-negara ASEAN seperti Brunei, Filipina dan Vietnam.

“Perkara ini perlu diselesaikan secara aman untuk mengelakkan tindakan yang boleh menimbulkan konflik dan ketegangan, katanya lagi.

Hishammuddin juga menegaskan bahawa beliau telah berbincang dengan rakan sejawatnya di Amerika Syarikat TYT Setiausaha Michael R. Pompeo mengenai Laut China Selatan di mana beliau menyatakan semua pihak perlu bekerjasama dalam usaha mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di perairan berkenaan. Dia turut menekankan, isu berkaitan Laut China Selatan mesti diselesaikan secara aman dengan bersandarkan undang-udang antarabangsa termasuk United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) 1982.

“Perkara yang sama juga saya utarakan kepada rakan sejawatan dari China H.E Wang Yi melalui panggilan telefon agar semua pihak perlu bekerjasama mengekalkan keamanan di Laut China Selatan, ujar Hishammuddin.

“Malaysia dengan tegas tidak akan terpengaruh dengan ancaman mana-mana pihak atau kuasa besar. Kita akan berpegang teguh untuk mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan serta kepentingan negara berdasarkan undang-undang antarabangsa, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat