Muqharabbin luah hasrat mahu biaya pendidikan Putri Qisya sehingga tamat SPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Exco Pemuda Umno Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyatakan hasrat untuk menyalurkan sumbangan bagi menyara pendidikan Putri Qisya Nur Izzat, 12, sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Muqharabbin berkata, beliau sangat tersentuh dan sedih dengan nasib yang menimpa Putri Qisya yang kehilangan ibu bapa serta empat adik-beradiknya serentak selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Korok di Jitra, Kedah semalam.

“Saya minta sesiapa yang kenal adik Puteri Qisya Nur Izzat, anak kepada satu keluarga yang meninggal akibat kemalangan yang lemas di Sungai Korok Jitra, minta hubungi saya.

“Atas rezeki yang saya ada sedikit ini saya minta untuk dapat berjumpa dengan dia dan ingin sumbangkan dan jaga (biaya) pendidikan dia lebih kurang RM500- RM1,000 sebulan, Insya-Allah…untuk saya bantu sampai dia habis tamat SPM nanti.

“Saya amat tersentuh dan sedih dan saya doakan semoga keluarganya ditempatkan dikalangan orang beriman,” kata Muqharabbin dalam video yang dimuat naik di media sosialnya.

Terdahulu, media melaporkan enam beranak ditemukan lemas selepas kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Korok.

Mereka ialah pasangan suami isteri, Mohammad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak iaitu Putra Rayyan Nur Izat, 9, Hawa Adriana, 8, Anayla Huma’ira, 7, dan Tuah Haidar, 6 bulan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat