Menteri sedia ada jalankan tugas masing-masing, tak perlu TPM – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan melantik Timbalan Perdana Menteri memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sudah tidak lama lagi, maka lebih baik Jemaah Menteri sedia ada menjalankan tugas masing-masing,” kata Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu malah menegaskan, sejak awal kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dibentuk sememangnya semua komponen parti bersetuju tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Pilihan raya dah dekat, tak perlu ada Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri yang ada jalankan tugas masing-masing.

“Lagipun kita masih lagi berpegang kepada prinsip awal penubuhan kerajaan tak ada Timbalan Perdana Menteri,” tegas beliau dalam rakaman video yang disiarkan di Facebooknya pada Jumaat.

Beliau juga memaklumkan sebenarnya tidak ada sebarang janji antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan PN.

“Tak ada… tak ada janji Perdana Menteri dengan PN untuk pelantikan Timbalan Perdana Menteri.

“Memang ada bincang tentang jawatan itu (Timbalan Perdana Menteri) tapi tak ada keputusan,” jelas Abdul Hadi.

Abdul Hadi mengakui memang ada perbincangan yang dibangkitkan berkenaan jawatan nombor dua negara itu, namun tiada kata putus.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Marang itu meminta pimpinan kerajaan fokus menyelesaikan masalah rakyat.

Baru-baru ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau bertemu Ismail Sabri tempoh hari untuk membincangkan pelantikan Jemaah Menteri, termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri yang menurutnya berkaitan dengan perjanjian PN dengan Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat