PAS akan guna logo baru pada PRU-15, tak pakai bulan dah – Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS sedang dalam perbincangan untuk mencipta logo baru bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PAS berbincang untuk ubah logo dan tidak akan menggunakan simbol sebelum ini.

“Kita berbincang untuk ubah logo. Kita bincang dalam parti nak buat simbol baru yang sesuai.

“Tapi masih dalam perbincangan lagi, memang tak mahu pakai logo dulu. Guna logo baru,” katanya dalam rakaman video yang disiarkan di Facebooknya pada Jumaat.

Ditanya bilakah PAS akan memutuskan logo baru berkenaan, Abdul Hadi kata menjelang pilihan raya akan diumumkan.

Beliau malah menjangkakan tarikh PRU-15 bergantung kepada suasana ekonomi dunia walau bagaimanapun, dianggarkan lepas pengumuman Bajet 2023.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat