Co-Opbank Tawar Potongan 10 Peratus Pembelian Barangan Di Pasaraya Borong Sakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemegang Akaun Simpanan i-Salam MyStar Co-Opbank Pertama Berhad akan layak menikmati tawaran pembelian  potongan 10% bagi barangan keperluan persekolahan terpilih termasuk barangan runcit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Co-Op Bank Pertama Berhad (CBP), Encik Khairil Aniar Mohammad Anuar berkata, tawaran istimewa 10% itu boleh dinikmati di Pasaraya Borong Sakan.

“Co-opbank Pertama (CBP) telah memeterai satu kerjasama strategik dengan Pasaraya Borong Sakan Sdn Bhd (Pasaraya Borong Sakan) untuk memberi potongan harga istimewa kepada pemegang Akaun Simpanan-i Salam MyStar.

“menerusi kerjasama strategik ini, semua pemegang Akaun MyStar layak untuk menikmati tawaran diskaun pembelian sebanyak 10% bagi barangan keperluan persekolahan terpilih termasuk barangan runcit.” ”katanya menerusi satu kenyataan, pada Khamis.

Menerusi kolaborasi ini juga jelasnya lagi, ianya dapat mempromosikan jenama CBP dan Pasaraya Borong Sakan kepada pelanggan sedia ada di 29 buah cawangan CBP dan 63 buah cawangan Pasaraya Borong Sakan di seluruh negara.

“Ianya akan memberi nilai tambah kepada pemegang Akaun yang berumur dari satu (1) hari sehingga 18 tahun di mana ibu bapa atau penjaga berpeluang membeli barangan keperluan di Pasaraya Borong Sakan dengan harga yang lebih rendah.” ujarnya.

Tambah Khairil Anuar lagi, selain Pasaraya Borong Sakan, CBP juga dalam perancangan untuk bekerjasama dengan pihak ketiga bagi memberi tawaran istimewa kepada pemegang Akaun MyStar.

Beliau turut berkata, CBP juga akan melancarkan sistem mata ganjaran menerusi penyedia program kesetiaan yang terkenal dalam tempoh terdekat yang turut akan memberi nilai tambah kepada pelanggan Ar Rahnu CBP.-SUARATV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat