Ismail Sabri Bawa Kepimpinan Global Malaysia

- Advertisement -

 

Beberapa lawatan DS Ismail Sabri ke luar negara memberikan tiga implikasi besar. Pertama, memperbaiki semula diplomatic and foriegn affairs yang hancur semasa 22 bulan Pakatan Harapan. Kedua, membina semula kepimpinan Malaysia di peringkat global. Ketiga, membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa bahasa Kebangsaan boleh digunakan dan diterima di peringkat antarabangsa.

Sebagai penganalisis politik, saya melihat negara kita kembali berjaya berdiri di persada antarabangsa. Dalam politik antarabangsa, hubungan diplomatik yang strategik sangat penting. Kita bukan mahu menguasai dunia, tetapi hubungan baik ini akan memberi impak yang positif kepada ekonomi negara.

Contoh, semasa 22 bulan PH memerintah, hubungan dua hala Malaysia dengan Amerika Syarikat, Saudi, China dan India hancur. Apabila mereka bertindakbalas menangguhkan import minyak sawit selama 48 jam sahaja, ianya memberi kesan sangat buruk kepada eksport minyak sawit kita dan akhirnya menjejaskan peneroka Felda, pekebun kecil dan orang kampung.

Walaupun Ismail Sabri belum setahun sebagai PM, namun berjaya memberi keyakinan bahawa Malaysia boleh kembali menjadi Harimau Asia jika diberi peluang lebih lama. Saya melihat kelebihan Ismail Sabri ialah tidak kelam-kabut untuk menyantuni dunia global. Bahasa pasarnya, tidak menunjuk-nunjuk. Ismail Sabri bawa karektor simple, gaya sederhana dan cool sebiji cara Jokowi mentadbir Indonesia.

Peringkat pertama, Ismail Sabri mengukuhkan hubungan dengan negara-negara ASEAN. Peringkat kedua, menghubungkan semula Malaysia dengan negara-negara timur jauh seperti Jepun dan China. Peringkat ketiga, menyantuni semula negara-negara timur tengah seperti Arab Saudi, UAE dan Qatar. Peringkat keempat, Ismail Sabri mengukuhkan hubungan dua hala dengan negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan semalam di Turkey. Sungguh tertib dan cantik.

Semua Perdana Menteri sebelum ini tidak menunjukkan keyakinan menggunakan bahasa Kebangsaan di persada antarabangsa, sebaliknya Ismail Sabri seperti juga Jokowi di Indonesia, tidak segan malah menunjukkan keyakinan berucap dalam Bahasa Kebangsaan. Ismail Sabri mahu rakyat Malaysia menunjukkan semangat patriotik yang luar biasa, bukan yang biasa-biasa.

Dari segi nation building, Ismail Sabri mengorak langkah menuju ke arah pembinaan ketamadunan. Kita tidak lagi tervakum dengan hanya membicarakan ketuanan bangsa yang sempit, tetapi melangkah setapak lagi menunjukkan ketamadunan bangsa atau disebut ahli akademik sebagai pembinaan nasion (ketamadunan bangsa).

Tahniah Ismail Sabri, rakyat Malaysia sangat berbangga dengan keberanian dan kepimpinan yang ditunjuk di peringkat antarabangsa.

Saya percaya, ianya akan memberi kesan positif kepada geopolitik dan ekonomi negara. Saya sudah hampir 30 tahun dalam Kerajaan, saya melihat kelainan dan keluarbiasaan anda.

Daripada:

Dr. Zach, Kuala Lumpur.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat