Gelagat Ahli Politik Buat Rakyat ‘Bosan, Marah Dan Kecewa’ – Penganalisis Politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rakyat berada di paras tertinggi bosan, kecewa dan marah melihat gelagat ahli politik seolah-olah mengutamakan kuasa dan kedudukan daripada kepentingan rakyat.

Menurut Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian, keutamaan perlu diberikan kepada usaha menangani COVID-19, pemulihan dan menyegerakan vaksinasi.

“Bagi saya rakyat sudah paras yang tahap tertinggi bosan, kecewa, marah melihat gelagat ahli politik ini seolah-olah lebih mengutamakan kuasa dan kedudukan daripada kepentingan rakyat kerana proses sekarang ini ialah proses di mana kita berhadapan dengan COVID-19 untuk melakukan pemulihan, segerakan vaksinasi.

“Jika masing-masing boleh ketepikan kepentingan mereka, merasakan ada tanggungjawab bersama rakyat saya pasti simbolik bendera putih itu tidak muncul dan apabila bendera putih muncul seolah-olah rakyat jaga rakyat, ini beri tamparan kepada ahli politik.

“Ini apabila dilihat mereka mengutamakan kepentingan mereka daripada keperluan kemahuan dan membaca pemikiran rakyat di mana yang harus dibantu, diberi keutamaan ini merupakan satu pengajaran,” katanya kepada Astro AWANI.

Beliau mengulas mengenai suhu politik tanah air negara yang kembali panas apabila UMNO mengumumkan penarikan sokongan terhadap perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu malam.

Sivamurugan turut menyatakan, ahli-ahli politik sepatutnya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan ketika krisis nasional sedang melanda.

“Ini kerana setiap keputusan dibuat akan menzahirkan kebimbangan dan keresahan rakyat tentang apakah matlamat sebenarnya ahli politik,” ujarnya.

Soal beliau lagi, adakah keputusan dibuat hanya berbalik kepada kedudukan dan kuasa mahu menerajui kerajaan ataupun melihat kepada keutamaan yang perlu dilakukan ketika dalam kedudukan krisis dalam konflik yang semakin berpanjangan.

-Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat