Fon kepala untuk FPS

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Bagi menikmati pengalaman permainan sebenar, kebanyakan ‘gamers’ pasti akan memilih fon kepala yang dilengkapi dengan ciri kesan bunyi yang terbaik.

Fon kepala ini juga penting untuk genre permainan penembak pertama (FPS) terutamanya bagi permainan ‘Battle Royale’ kerana fon kepala yang berkualiti akan menghasilkan bunyi frekuensi pelbagai peringkat termasuk arah bunyi tapak kaki.

MSI menerusi fon kepala keluarannya, Immerse GH50 menawarkan hampir semua ciri yang diperlukan oleh pemain hari ini termasuk keupayaan kesan bunyi persekitaran 7.1.

Model Immerse GH50 ini juga turut dilengkapi dengan sistem getaran selain dua pemacu bunyi 40 milimeter Neodymium untuk menghasilkan audio yang sangat halus atau penghasilan bunyi bass yang ‘sedap’.

Fon kepala ini dilengkapi dengan kawalan mudah di bahagian wayar set berkenaan dan pengguna boleh memilih beberapa mod mengikut kesesuaian atau genre permainan.

Peranti ini juga didatangkan dengan mikrofon mudah alih dan pengguna boleh membuka pembesar suara itu jika diarasakan tidak bersesuaian.

Selain itu, pemegang kepala atau ‘headband’ juga boleh dilaraskan selain boleh dilipat sekali gus menjimat ruang.

Untuk memudahkan pengguna, setiap talaan bunyi boleh dibuat menerusi perisian rasmi MSI iaitu Dragon Center dan pengguna boleh melakukan ubahsuai mengikut selera masing-masing.

#kw fon kepala, surround 7.1

Harian Metro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat