RUU Anti Lompat Parti Dibentangkan Julai Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Akhirnya, selepas beberapa kali ditangguhkan, rang undang-undang (RUU) peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti dijangka akan dibentangkan dalam mesyuarat khas Parlimen pada minggu pertama Julai.

Ia selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bersetuju dan memuktamadkan draf RUU berkenaan untuk dibentangkan serta dibahaskan dalam Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi satu kenyataan memaklumkan, jawatankuasa berkenaan sebulat suara bersetuju meminta dan mencadangkan kepada Perdana Menteri Mesyuarat Khas Parlimen diadakan pada minggu pertama Julai.

Ia jelas beliau, selaras dengan peruntukan Mesyuarat 11(33), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Berdasarkan takwim Parlimen, Dewan Rakyat bakal bersidang selama 12 hari bermula 18 Julai hingga 4 Ogos.

Wan Junaidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen menjelaskan, lima persoalan dasar dibangkitkan jemaah menteri pada 1 Jun lalu telah diulas dan dijawab jawatankuasa berkenaan dalam mesyuarat semalam.

“Maklum balas Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan perkara ini akan dibawa semula sebagai suatu Nota Jemaah Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri akan datang,” kata beliau.

Wan Junaidi dalam pada itu memaklumkan bahawa mesyuarat terakhir akan diadakan dalam masa terdekat untuk mengesahkan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas.

Secara umumnya, kata beliau, Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut berjaya melaksanakan terma rujukan sebagaimana usul yang diluluskan pada 11 April lalu.

“Pencapaian ini merupakan hasil komitmen bersama oleh semua ahli jawatankuasa dengan sokongan padu Parlimen Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara,” jelas beliau. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat