Polis Kelantan Tahan Pemuda Bersama 10,000 Pil Kuda

- Advertisement -

RANTAU PANJANG – Seorang pemuda berusia 19 tahun ditahan pihak polis disyaki memiliki 10,000 pil kuda bernilai RM100,050 dalam kejadian di Kampung Gual Pasung Hantu, di sini, jam 11.30 malam tadi.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8), Deputi Superintendan K Ramesh, berkata ketika kejadian anggota bertugas membuat rondaan sebelum terserempak suspek berada di tepi jalan seorang diri dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota kemudian mendekatinya tetapi suspek bertindak melarikan diri, namun hasil kecekapan anggota bertugas dia berjaya ditangkap sebelum dilakukan pemeriksaan ke atas tubuh badanya.

“Hasil pemeriksaan terdapat bungkusan plastik lut sinar berisi kesemua pil kuda berkenaan yang dipercayai untuk dipasarkan kepada penagih tempatan di sekitar Rantau Panjang.

“Suspek yang juga warga tempatan kemudian ditahan dan barangan dirampas untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

K Ramesh berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Menurutnya, suspek disyaki sedang menunggu pelanggan untuk menjual dadah di kawasan berkenaan sebelum ditemui pihak berkuasa. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat