‘Belajar tinggi tapi tak pandai kerja tak guna juga’ – Soo Wincci

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Dr Soo Wincci menegaskan bahawa mempunyai pendidikan tinggi saja tidak mencukupi sekiranya tidak mampu menterjemahkannya dalam bentuk pekerjaan yang baik.

Soo dalam satu sesi ‘live’ bersama Institut Perbankan Islam dan Kewangan Malaysia (IBFIM) hari ini berkata, dia tahu pendidikan adalah satu kebanggaan dan juga perkara yang akan meningkatkan keyakinan diri tetapi tidak semuanya begitu.

Katanya, pendidikan yang tinggi juga bukanlah tiket untuk bersikap sombong, malah kelebihan yang dimiliki itu perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

“Sebab itu saya selalu sebut pada diri untuk dapatkan apa saja ilmu tapi bukan untuk menunjuk-nunjuk. Orang yang hebat itu bukan saja ada pendidikan tinggi, tapi dia juga boleh bekerja untuk perkara itu dan mempunyai pelbagai kelebihan lain.

“Jadi jangan fikir ia (pendidikan) hanya untuk kebanggaan semata-mata. Jika anda pelajar kelas pertama sekali pun tapi tidak tahu bagaimana untuk berikan khidmat terbaik, maka itu tidak berguna,” katanya.

Pemegang gelaran Miss World Malaysia pada 2008 itu juga mengakui kepulangannya ke Malaysia selepas beberapa tahun menuntut ilmu di negara orang adalah disebabkan keinginannya untuk berjasa kepada negara.

“Ada yang bertanya kepada saya kenapa balik semula ke Malaysia selepas sudah pergi jauh (untuk belajar). Saya jawab, ini adalah tujuan saya untuk kekal di sini (Malaysia) dan tak ada sebab untuk menunjuk-nunjuk.

“Jika tidak ada sesiapa yang mahu kembali berkhidmat kepada negara, maka siapa yang akan pertahankan negara kita. Saya belajar dengan bersungguh-sungguh bukan hanya untuk dapatkan ganjaran wang semata-mata,” katanya.

Sebelum ini, Soo menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) di atas pelantikannya sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik dan menjadi Miss World Malaysia pertama mendapat pengiktirafan itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat