Kerajaan dah janji nak bagi 150,000 laptop kenapa Sabah nak bazir? -Rahman Dahlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mempersoalkan inisiatif Sabah mahu memberi 10,000 komputer riba dengan kos RM15 juta kepada pelajar di negeri itu sedangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah berjanji akan membekalkan 150,000 kemudahan itu untuk diagihkan.

Sebaliknya kata beliau adalah lebih baik dana RM15 juta itu dibelanjakan bagi membantu peniaga kecil dan penduduk kampung yang terkesan susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

“Persoalannya apakah keperluan kerajaan negeri membeli 10,000 komputer dengan kos RM15 juta sedangkan kerajaan pusat akan membekalkan 150,000 buah kepada pelajar di seluruh negara, termasuk di Sabah?” katanya dalam kenyataan.

Rahman berkata, Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Radzi Jidin pada Ahad mengumumkan sebanyak 12,887 komputer telah pun diedarkan kepada pelajar di seluruh negara dan sejumlah 40,290 buah lagi akan diedarkan selewat-lewatnya 12 Jun ini.

“Baki 96,823 buah komputer itu akan diedarkan pada September 2021. Takkan kerajaan negeri Sabah tidak boleh tunggu sebulan kerana komputer kerajaan pusat akan diagihkan pada September,” katanya.

Sebelum ini Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM15 juta bagi pemberian komputer riba kepada pelajar kurang berkemampuan yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun ini.

Beliau berkata, bantuan menerusi Fasa 1 program Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) itu akan dimulakan pada 19 Julai hingga 18 Oktober ini melibatkan pemberian 10,000 komputer riba.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat