Sesi Persekolahan Tanpa Penggiliran Bagi Murid Sekolah Rendah Bermula 17 April

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sesi persekolahan tanpa penggiliran bagi murid sekolah rendah akan dimulakan pada 17 April ini bagi negeri kumpulan A dan pada 18 April bagi negeri kumpulan B, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau menerusi satu video yang dikongsikan di akaun Facebook, hari ini berkata keputusan itu dibuat selepas perkara itu dibincangkan secara panjang lebar di peringkat Kementerian Pendidikan.

“Selepas kita lihat pengoperasian sekolah rendah bermula 21 Mac lalu yang datang bersemuka dan sekolah menengah pula pada 4 April yang datang bersemuka tanpa penggiliran, maka kita telah buat ketetapan bahawa murid sekolah rendah akan dibenarkan hadir ke sekolah tanpa penggiliran bermula pada 17 April untuk negeri kumpulan A dan 18 April untuk negeri kumpulan B,” katanya.

Negeri kumpulan A adalah sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, manakala negeri kumpulan B adalah sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Mengulas lanjut, Radzi berkata berikutan ketetapan baharu itu, pihaknya meminta ibu bapa memainkan peranan memastikan anak masing-masing untuk memberi keutamaan dalam mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Yang paling penting adalah pematuhan semua anak-anak serta guru-guru kepada SOP yang telah ditetapkan.

“Walaupun kita bergerak dalam fasa peralihan kepada endemik, kita masih perlu kekalkan SOP yang telah ditetapkan, jadi pematuhannya adalah amat penting terutamanya apabila semua murid hadir ke sekolah tanpa penggiliran,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat