Zahid Perlu Jelaskan Isu Audio Kepada MKT UMNO – Papagomo

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris menggesa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno segera bermesyuarat berhubung audio yang didakwa perbualan antara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau atau lebih dikenali sebagai Papagomo berkata, Presiden UMNO itu perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu kepada MKT.

“MKT UMNO perlu segera bermesyuarat bagi mendengar jawapan Datuk Seri presiden berkenaan surat sokongan dan perbualan telefon Anwar Ibrahim,” katanya di Facebook.

Selain itu Papagomo juga mencabar Zahid agar segera membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

“Dah jam 8 malam, Datuk Seri Zahid Hamidi dah buat laporan polis atau belum berkenaan surat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan laporan polis berkenaan klip suara perbualan beliau dan Anwar Ibrahim?

“Berani kerana benar, di PAU 2020 tempoh hari Datuk Seri Zahid cabar semua menteri dan timbalan menteri Umno letak jawatan.

“Sekarang saya cabar Datuk Seri Zahid buat laporan polis bagi mengesahkan sama ada dua yang disebutkan di atas itu sahih atau palsu,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid menafikan rakaman audio berkenaan dan mengarahkan agar laporan polis dibuat oleh pegawainya.

Ini selepas tersebar rakaman yang didakwa perbualan antara dirinya dan Anwar berlegar di dalam talian.

Sementara itu, Papagomo menerusi Facebooknya turut menyiarkan warkah yang ditulis Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong di mana ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa memperoleh sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Selain itu dia juga menyiarkan surat yang didakwa ditulis oleh Ahmad Zahid terhadap Seri Paduka Baginda bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar sebagai perdana menteri kesembilan.

“Pihak Majlis Kerja Tertinggi Umno perlu bertindak.

“Sokongan kepada Anwar Ibrahim ini telah membelakangkan MKT dan ahli UMNO seluruh negara.

“UMNO perlu diselamatkan dari hancur dek kerakusan kuasa tembolok individu tertentu. Jika tak benar mohon Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid buat laporan polis agar polis menyiasat kebenarannya,” kata Papagomo.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat