Pemilik Jenama Muafakat Nasional Serah IP Untuk Didaftar Demi Perpaduan Politik Islam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung I Muafakat Nasional (MN) daripada UMNO, Tan Sri Annuar Musa bersyukur apabila pemilik harta intelek (IP) Muafakat Nasional (MN) sukarela menyerahkan jenama itu kepada UMNO dan PAS.

“Subhanallah, tiba-tiba hari ini saya diperkenalkan kepada seorang usahawan dari Batu Pahat yang telah mendaftarkan Muafakat Nasional dan memiliki IP didaftar atas namanya dan jawatankuasa penajanya.

“Beliau bersukarela mahu menyerahkan MN dan mencadangkan supaya kita terus perjuangkan MN,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu di Facebooknya.

Menurut Annuar bagi beliau,sama ada didaftar atau tidak, Muafakat Nasional wajib diteruskan.

“Bukan kerana jenamanya, tetapi perpaduan dan ukhwah Islamiah adalah suatu kewajipan.

“Bagi saya,adalah haram apabila ummah yang sudah bersatu, kemudian memegang tampuk kuasa di bawah pemerintah Islam, Ulil Amri, lalu kita khianati dan menghancurkannya,jawabnya berdosa.

“Lebih besar dosanya,jika kita meninggalkan saudara sesama kita (ahli syahadah) lalu mengambil musuh yang nyata sebagai orang kepercayaan.

“Justeru, Insyaallah MN terus kita perjuangkan. Kita tolak mereka yang pilih perpecahan.

“Sama ada kita jadikan MN berdaftar atau tidak, bukan lagi masalah, sijil dan IP sudah berada di tangan,” ujar beliau.

Sebelum ini, pendaftaran nama Muafakat Nasional di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mungkin berdepan masalah kerana nama tersebut didakwa telah digunakan pihak lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat