Anwar sangkal audio puji Zahid, muslihat pemimpin negara rosakkan UMNO

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanggah bahawa dirinya adalah pemilik suara yang dirakam dalam perbualan telefon dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti yang kecoh semalam.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa klip audio berkenaan merupakan usaha daripada kepimpinan negara setelah gagal “mengugut” dan “merasuah” pemimpin pembangkang.

“Saya malam ini ingin nyatakan bukan sahaja penafian, tetapi ternyata, selain menafikan, ia menunjukkan betapa gundah-gulananya pimpinan negara ini mencari apa saja tipu helah, ugut, beri orang rasuah, tak makan (tak dapat merasuah), maka dia sebar fitnah,” katanya memetik Malaysiakini ketika berucap semasa melancarkan bilik operasi PKR di Selangor, malam tadi.

Sejak semalam rakaman audio selama empat minit itu beredar dalam talian di mana individu yang suaranya mirip Anwar didengar memuji individu yang memiliki suara seakan Zahid kerana berjaya mengendalikan Perhimpunan Agung UMNO.

Zahid juga menafikan suara dalam audio berkenaan adalah miliknya dan mengatakan telah mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis.

Anwar berkata, fitnah menggunakan rakaman audio itu digunakan untuk mencetuskan pertelingkahan di kalangan pemimpin UMNO.

“Saya nak sebut, (audio) ini nak gunakan kita nak lawan politik dalam UMNO, nak gunakan kononnya perbualan saya dan Datuk Seri Zahid untuk politik Bersatu nak menikam pimpinan UMNO.

“Ini bukan kerja saya. Sebab itu saya akan arah pegawai saya buat laporan polis, biar dia (polis) siasat siapa yang punca.

“Ada yang suara macam saya, saya tak peduli. Ternyata ada usaha untuk memfitnah, merekayasa dengan lebih canggih,” katanya menambah bahawa DAP dan Amanah merupakan rakan setia PKR dan tidak akan terpengaruh dengan ‘fitnah’ tersebut.

Bulan lalu, dalam wawancara dengan Utusan Malaysia, Anwar mengakui bahawa PKR dan UMNO mengadakan pertemuan tidak rasmi untuk membincangkan kerjasama bagi menyelamatkan negara dari kehancuran.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar menjelaskan bahawa walaupun terdapat perbincangan, masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai kemungkinan kerjasama berkenaan.

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang juga mengesahkan bahawa parti itu di peringkat awal perbincangan dengan UMNO.

Namun semasa perhimpunan agung UMNO, Zahid mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Anwar mahupun DAP.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...

Tak mustahil perlu dos ketiga – KJ

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 selepas setahun suntikan kedua diambil. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin...

Microsoft memberi komitmen untuk melabur RM4 bilion di Malaysia. Microsoft bakal wujudkan pusat data di Malaysia – PM

PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan komitmen Microsoft Corp. untuk memperkasa ekonomi digital terangkum Malaysia di bawah inisiatif Bersama Malaysia melibatkan jumlah pelaburan RM4 bilion dalam tempoh...