Glenn Fredly Meninggal Dunia

- Advertisement -

Indonesia – Penyanyi kebanggan Indonesia, Glenn Fredly dikhabarkan menghembus nafas terakhirnya lebih kurang pada pukul 6 petang waktu tempatan sebentar tadi.

Beliau dilaporkan meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Setia Mitra Fatmawati, Jakarta Selatan.

Di laman Twitter beberapa penggiat seni Indonesia, turut berkongsi berita duka berkenaan penyanyi yang terkenal dengan lagu Januari itu.

Rian D’Masiv di Twitter berkata, Glenn merupakan rakan artis yang baik, telah pulang ke pangkuan penciptanya.

“Bung Glenn Fredly orang baik, musisi panutan. Innalilahi wainnailahi rajiun. Telah berpulang salah satu musisi terbaik,” tulis Rian D’Masiv. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,559FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat