Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia Bermula April – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang akan mula dilaksanakan pada April 2022 melibatkan 480 lokaliti rintis di seluruh Malaysia.

Jelas beliau, program ini membabitkan penglibatan semua pihak khususnya Kerajaan Negeri.

Katanya lagi, Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) ke-138 yang diadakan secara bersemuka hari ini bersetuju menubuhkan Unit Kemiskinan khusus pada peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah.

Selain itu, mesyuarat bersetuju mewujudkan pengkalan data kemiskinan yang bersepadu dan berpusat, mempertingkatkan dari bawa keatas melalui pendekatan kesuluruhan negara dan melaksanakan penyelesaian kemiskinan pada peringkat akar umbi.

“Program yang bertujuan membasmi miskin tegar pada tahun 2025 ini akan bermula dengan fasa 1 melibatkan lokaliti rintis di seluruh negara,

“Fasa 2 dan Fasa 3 akan bermula pada September dan Disember 2022,

“Fasa 4 sehingga Fasa 6 akan dilaksanakan pada tahun 2023.” Kata Ismail Sabri melalui kenyataan medianya.

BMTKM adalah sejajar dengan dasar dan strategi baharu untuk membasmi kemiskinan tegar RMKe12, Ujar beliau -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat