Peranti mudah alih

- Advertisement -

MEMILIKI sebuah peranti pintar bersaiz kecil dan mudah dibawa bukan lagi satu aksesori sebaliknya ia sudah menjadi keperluan masa kini.

Dalam banyak keadaan, peranti pintar bersaiz kecil ini mampu untuk melakukan tugasan yang tidak boleh dipenuhi oleh telefon pintar.

Tugasan seperti membaca jadual penuh, statistik, data terperinci dan sebagainya mungkin sulit untuk dibaca menerusi telefon pintar namun ia mudah bagi peranti bersaiz kecil.

Untuk itu, Apple menerusi iPad Mini versi baharunya menawarkan semua keupayaan berkenaan daripada tugasan rutin sehingga kepada kompleks tanpa sebarang masalah.

Menerusi dimensinya, iPad Mini ini hanya mempunyai saiz 134.8 milimiter (mm) lebar, 195.4 mm panjang dan hanya 6.3 mm tebal saja membuktikan ia peranti bersifat mobiliti sepenuhnya.

Penulis mempunyai tanggapan yang sedikit berbeza dengan peranti bersaiz kecil ini dan persepsi bahawa peranti kecil ini kurang berkeupayaan sering menghantui minda penulis.

 

APPLE perkenal iPad Mini versi baharu, mampu laksana pelbagai tugasan.
APPLE perkenal iPad Mini versi baharu, mampu laksana pelbagai tugasan.

 

Untuk membuktikan keupayaan iPad Mini ini, penulis cuba melakukan tugasan paling kompleks iaitu suntingan video menggunakan perisian Lumafusion pada resolusi Definisi Ultra Tinggi (UHD) 4K berdurasi 15 minit.

Bagi memberikan tekanan prestasi yang maksimum, penulis melakukan lima lapisan video resolusi 4K bersama padanan kesan grafik untuk melihat keupayaan sebenar peranti ‘cilik’ ini.

Hasilnya amat mengagumkan apabila video berkenaan berjaya disunting dan dihasilkan menjadi video akhir dengan masa 25 minit proses sintesis.

Sepanjang proses suntingan juga, penulis tidak berdepan dengan masalah ‘lagging’ atau ‘crash’ sebaliknya semua proses dalam keadaan licin tanpa gangguan.

Apple bijak menggunakan padanan cip pemproses Apple A15 Bionic yang mampu untuk melaksanakan sebarang tugasan tanpa masalah.

Menyentuh aspek rekaan fizikalnya, iPad Mini versi 2021 ini bukan saja mudah dibawa ke masa saja malah hanya seberat 297 gram untuk spesifikasi WiFi dan selular.

Pastinya, skrin berkeluasan 8.3 inci dengan LED-backlit bersama paparan Liquid Retina memberi pengalaman yang cukup berbeza.

Untuk makluman pengguna, iPad Mini ini turut menyokong Apple Pencil Generasi Kedua dan aksesori itu akan lebih memudahkan sebarang tugasan.

 

PERANTI Apple, iPad Mini boleh diklasifikasikan sebagai peranti mobiliti terbaik.
PERANTI Apple, iPad Mini boleh diklasifikasikan sebagai peranti mobiliti terbaik.

 

Bukan itu saja, pengalaman ketika bermain permainan mudah alih juga sangat lancar dan bahagian belakang iPad ini tidak merasa panas biarpun sudah bermain dalam tempoh yang lama.

Keupayaan bateri juga sangat mengagumkan apabila ia mampu bertahan sepanjang hari tanpa perlu bimbang untuk mencari punca kuasa bagi tujuan pengecasan.

Secara keseluruhannya, penulis sangat mencadangkan kepada pengguna yang mahukan peranti pintar mobiliti untuk memiliki iPad Mini berkenaan kerana keupayaan prestasinya adalah sangat baik.

Saiz kecil berkenaan tidak mengurangkan keupayaannya sebaliknya ia sama dengan peranti bersaiz konvensional.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat