MCMC lancar program celik AI di Johor

- Advertisement -

PASIR GUDANG — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Biji-biji Initiative, serta rakan strategik Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), hari ini melancarkan program MCMC Microsoft AI TEACH di Johor.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran digital dan memperkasakan komuniti dengan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Berlangsung selama dua hari di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), 42 Iskandar Puteri dan di 20 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) negeri Johor, majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin.

Seramai 230 peserta dijangka mendapat manfaat daripada penganjuran program ini, dengan fokus program tertumpu kepada peningkatan kemahiran AI dan kebolehpasaran tenaga kerja.

Program ini melengkapi usaha kerajaan negeri Johor dalam mencapai aspirasi Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 (PPMJ 2030) dan berpotensi untuk menyediakan tenaga kerja yang terlatih.

Selain itu, program ini juga akan
menyokong peluang pekerjaan yang tersedia menerusi pembangunan
infrastruktur-infrastruktur terbaru di Johor seperti pembangunan Bandar Pintar Johor, Pusat Data Hyperscale AirTrunk, infrastruktur AI dan superkomputer di YTL Green Data Centre Park, serta Johor Data Centre Hub.

Menerusi program ini, para peserta akan didedahkan kepada asas-asas AI, pertimbangan etika, serta kemahiran praktikal seperti penulisan resume dan pembangunan portfolio digital.

Setelah tamat latihan, mereka akan menerima sijil penyertaan dan dibantu dalam penempatan pekerjaan melalui kerjasama
dengan PERKESO menerusi platform MyFutureJobs.

Program MCMC Microsoft AI TEACH bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran tenaga kerja Johor dalam sektor AI dan digital, memastikan keterangkuman digital di seluruh negeri, termasuk kawasan luar bandar dan membantu peralihan tenaga kerja ke arah ekonomi berasaskan AI dan teknologi
tinggi.

MCMC dan Microsoft Malaysia akan terus komited untuk memperluas program MCMC Microsoft AI TEACH ke lebih banyak negeri sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan literasi AI, memperkukuh keterangkuman digital, serta menyokong pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat