Bukan cuma kejar pembangkang saja, yang sedang berkuasa pun kena isytihar harta – Hassan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua wakil rakyat yang dipilih kerajaan perlu mengisytihar harta kepada umum memandangkan pelaksanaan mengenai perkara itu tidak dibuat dalam Kerajaan Perpaduan hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kenyataan beliau itu adalah bagi mengambil kira situasi sekarang yang mana siasatan dibuat terhadap beberapa pemimpin terdahulu, sekali gus perkara yang sama perlu dibuat oleh pemimpin di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, langkah itu juga adalah bagi menjamin ketelusan seseorang pemimpin yang berani mengisytihar harta setelah diangkat menjadi wakil rakyat.

“Yang sebaiknya isytihar harta itu kepada umum. Cara yang baik adalah setiap menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen yang dipilih rakyat, isytihar harta melalui borang yang ada serta akuan bersumpah perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Maknanya, kalau dalam laporan itu palsu, ada harta yang disembunyikan, SPRM boleh ambil tindakan seperti yang dibuat terhadap Tun Daim Zainuddin (bekas Menteri Kewangan) dan isterinya serta Tun Dr. Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) dan anaknya.

“Jadi hal yang sama, buatlah kepada semua ahli Parlimen sekarang yang sokong kerajaan, yang menentang pembangkang. Jangan nak kejar orang yang pembangkang sahaja, yang sedang berkuasa pun jangan dibiarkan, sama ada harta di dalam atau di luar negara, semua perlu disiasat termasuk saya.

“Apa nak takut? Teluslah, jangan kepada pihak lawan sahaja,” lapor Utusan.

Sebelum ini, beberapa pemimpin disiasat termasuk Daim berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, susulan sitaan sebuah bangunan baru-baru ini.

Begitu juga siasatan turut dijalankan terhadap Dr. Mahathir Mohamad dan dua anaknya iaitu Mirzan dan Tan Sri Mokhzani.

Hasan berkata, pengisytiharan harta itu perlu dibuat pada setiap tahun dan bukan dilakukan sekali sahaja oleh mana-mana pemimpin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat