Omicron dah ada di semua negara, MPN syor buka sempadan antarabangsa 1 Mac ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini bersetuju untuk membuka sempadan negara sepenuhnya seawal 1 Mac ini, tanpa perlu melakukan kuarantin wajib.

Namun demikian Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ujian COVID-19 perlu dilakukan mengikut syor Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum berlepas dan sebaik tiba di pintu masuk utama negara.

Menurutnya, MPN memutuskan demikian selepas mendengar cadangan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, baru-baru ini.

“Maka MPN bersetuju supaya sempadan negara dapat dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.

“Pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN kedua pada Selasa.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pembukaan sempadan antarabangsa itu adalah terpakai kepada semua negara.

“Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) bagi tahu tadi dalam taklimat kalau kita nak pilih negara, Omicron dah ada dalam seluruh negara dan masyarakat. Jadi tak boleh memilih.

“Tapi mungkin akan ada maklumat lanjut yang akan diumumkan Kementerian Kesihatan nanti. Saya hanya mengumumkan keputusan MPN,” jelasnya.

Beliau turut menyifatkan ia sebagai satu keputusan yang baik dalam merancakkan semula pemulihan sistem ekonomi negara.

“Berdasarkan taklimat menteri (kesihatan) tadi, nampak sistem kesihatan awam kita masih mampu untuk menguruskan kerana kita sudah ada banyak pengalaman, baik dari segi katil hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan doktor.

“Meskipun kes meningkat kapasiti yang ada masih boleh menampung,” ujarnya memetik Astro Awani.

Dengan ini, katanya, ia akan membantu industri-industri yang bergantung kepada pelancongan untuk membangun semula.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat