Set desktop ada kelas

- Advertisement -

Sudah menjadi trend hari ini semua pengguna atau pemilik set desktop mahukan satu jenama bermula daripada papan induk sehingga kepada kad grafik.

Ini juga mengikut ‘tema’ semasa, malah menyeragamkan lampu RGB boleh diselaraskan dengan mudah menggunakan satu perisian saja tanpa sebarang masalah.

Untuk itu, penulis ingin mencadangkan kepada pembaca berhubung set desktop jnama MSI yang pastinya tidak asing lagi khusus untuk kelas permainan.

Memiliki sebuah papan induk atau ‘motherboard’ dengan kelengkap binaan memori (RAM) generasi terbaharu iaitu DDR5 pastinya memberi keupayaan prestasi lebih baik terutama untuk tugasan kompleks.

Penulis ingin mencadangkan kepada pengguna atau pembina desktop untuk memilih papan induk keluaran MSI daripada dua barisan produk iaitu MAG Tomahawk dan versi PRO.

Bagi pengguna yang cenderung untuk memilih siri tinggi dan bajet bukan satu masalah, penulis mencadangkan untuk menilai papan induk MSI MAG B660 Tomahawk WIFI yang didatangkan dengan binaan RAM DDR5.

Untuk binaan RAM berkenaan, ia mampu untuk menyokong kelajuan frekuensi bermula 4,800 (JDEC) MHz sehingga 6,200MHz tanpa mengganggu kestabilan sistem desktop.

Pilihan kad grafik pula pastinya menjadi keutamaan memandangkan perkakas itu akan menentukan sama ada desktop berkenaan mampu untuk melancarkan semua genre permainan atau sebaliknya.

Jenama berkenaan menawarkan beberapa generasi kad grafik bermula daripada siri Ventus, Gaming X Trio sehingga kepada kad premium Suprim X.

 

KEUPAYAAN perkakas yang ditawarkan MSI merangkumi semua jenis perkakas bermula daripada papan induk sehingga unit bekalan kuasa atau PSU.
KEUPAYAAN perkakas yang ditawarkan MSI merangkumi semua jenis perkakas bermula daripada papan induk sehingga unit bekalan kuasa atau PSU.

 

Pastinya setiap generasi itu menawarkan kuasa prestasi yang berbeza termasuk rekaan fizikalnya.

Penulis mencadangkan kepada pengguna untuk memilih kad grafik daripada generasi Suprim X memandangkan ia adalah perkakas premium yang menawarkan kuasa prestasi lebih baik.

Bagi padanan sistem storan pula, pengguna pastinya memilih NVMe PCIe untuk penawaran kelajuan lebih baik.

MSI turut menawarkan sistem storan generasi baharu itu, Spatium M480 PCIe 4.0 NVMe M.2 2TB yang mampu merekodkan bacaan data sehingga 7,000 MB/S.

Bagi kadar pemindahan data pula, Spatium M480 ini mampu merekodkan kadar 6,800 MB/S tanpa sebarang masalah, sekali gus menjadikan tugas rutin pengguna lebih mudah dan pantas.

Berdasarkan jumlah kapasiti yang tinggi, pengguna tidak lagi perlu menggunakan sistem storan lain sebaliknya hanya menggunakan satu perkakas untuk penyimpanan semua fail sedia ada.

Manakala bagi punca kuasa atau PSU pula, terdapat beberapa pilihan antaranya daripada siri generasi MPG GF yang merangkumi keupayaan bekalan kuasa bermula 650W, 750W dan 850W mengikut kesesuaian penggunaan.

Paling mengagumkan apabila siri MPG GF berkenaan didatangkan dengan kefungsian modular penuh dengan pengiktirafan bekalan kuasa 80 Plus Gold untuk kestabilan arus PSU.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat