J&T Express mohon maaf atas kejadian pengagihan barang secara ganas

- Advertisement -

IPOH: Syarikat perkhidmatan penghantaran barangan J&T Express, membuat permohonan maaf atas kejadian pengagihan bungkusan secara ganas, seperti dalam satu rakaman video yang tular baru-baru ini.

Pengurusan J&T Express Perak dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook J&T Express Malaysia-Perak berkata, pihaknya akan menyediakan lebih banyak latihan kepada para pekerjanya bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai.

“Di samping itu, pihak J&T Express ingin menjelaskan perkara tentang pekerja J&T mogok dan tentang komisen adalah tidak benar. Segala perkara yang berlaku adalah satu salah faham semata-mata.

“Sekali lagi, J&T Express ingin meminta maaf atas kejadian yang tidak diingini,” menurut kenyataan dan video yang disiarkan di laman sosial facebooknya malam ini.

Kenyataan itu turut menyebut, pihak J&T Express akan sedaya upaya meningkatkan mutu perkhidmatan dan segera menghantar barangan pelanggan dengan cepat, dan tidak akan memotong gaji para pekerjanya.

Sejak semalam, tular video berdurasi 15 saat yang menunjukkan beberapa pekerja syarikat berkenaan membaling barangan pelanggan, dengan ada yang berteriak dipercayai tidak berpuas hati dengan pengurusan syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan masalah pembayaran gaji.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat