Tercekik Ikan Hidup-Hidup

- Advertisement -

Bogota: Seorang lelaki di Colombia nyaris maut tercekik selepas seekor ikan kecil tersangkut di kerongkongnya.

Memetik Oditty Central, kejadian itu berlaku di Pivijay, pada 23 Januari lalu, ketika lelaki berkenaan memancing ikan. Ketika sedang memasang joran dan mata kail, lelaki itu perasan ikan memakan umpannya.

Dia menarik joran dan melepaskan ikan dari mata kail, sebelum menyedari seekor ikan lain tersangkut pada joran lain.

Akibat tidak mahu ikan pertama terlepas ke sungai, nelayan itu memasukkan ikan itu dalam mulutnya.

Media tempatan melaporkan lelaki itu tidak menggigit ikan itu dengan kuat, menjadikan ikan licin itu ‘meluncur’ ke dalam kerongkongnya.

Lelaki berusia 24 tahun itu ke Hospital Herrera sendirian.

Namun, dia tidak mampu menerangkan situasi dialaminya kerana tidak dapat bernafas sehingga ujian imbasan sinar-X mengesahkan kejadian sebenar. Prosedur mengeluarkan ikan itu dirakamkan pihak hospital kerana situasi jarang berlaku.

“Tuan puan, ini sesuatu yang luar biasa. Seorang lelaki di Pivijay tersangkut ikan. Kami berjaya mengeluarkan ikan itu dari kerongkongnya,” kata seorang kakitangan perubatan dalam video yang tular itu – Harian metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat