COVID-19: Agama Dan Budaya Dorong Keraguan Vaksin Masyarakat Minoriti

LONDON: Walaupun terdapat kemajuan relatif dalam proses pengedaran vaksin, laporan daripada pihak berkuasa kesihatan Britain menunjukkan kebanyakan individu daripada komuniti minoriti masih belum divaksin.

Berdasarkan laporan Royal College General Practitioners, 91 peratus individu yang telah menerima vaksin COVID-19 di Britain adalah berkulit putih, dua peratus berkulit hitam, sementara lima peratus dari latar belakang Asia.

Kepercayaan agama dan budaya dipercayai menjadi pendorong keraguan terhadap vaksin dalam kalangan masyarakat minoriti.

Doktor dari Hospital Royal Shrewsbury, Michael Dawes mendedahkan, ada jururawat enggan menerima vaksin kerana kepercayaan agama.

“Ini sangat mengejutkan saya apabila jururawat akan pergi dan memberitahu orang lain jangan mengambil vaksin.

“Tetapi yang paling menarik perhatian adalah ketika saya berbual dengan salah seorang jururawat dan mengajaknya untuk mendapatkan vaksin, dia berkata – ‘Tidak, pastor saya kata jangan.’ Ia mengejutkan, membuatkan saya marah dan saya meminta nombor telefon pastor berkenaan kerana ingin bercakap dengannya,” katanya – Astro Awani

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Najib Masih Pilihan Rakyat Menjadi PM

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan masih mempunyai pe­ngaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dan menjadi pilihan diangkat semula sebagai Perdana Menteri...

Berita Berkaitan

Covid-19: Kes Global Kembali Meningkat

MOSCOW: Jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 global kembali meningkat sejak seminggu lalu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). "Lebih 2.6 juta...

Bakal jemaah haji wajib divaksin arahan Arab Saudi

KUALA LUMPUR - Kerajaan Arab Saudi mewajibkan vaksin Covid-19 ke atas bakal jemaah haji tahun ini. Menteri Kesihatannya Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata ia merupakan antara...

Dua Pertuduhan Bakal Dihadapi Aung San Suu Kyi

YANGON: Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dituduh dengan dua pertuduhan jenayah lagi ketika tampil di mahkamah menerusi sidang video pada Isnin. Pertuduhan...