Mulai 2026 ladang babi Selangor hanya beroperasi di Tanjong Sepat, mudah kawal penyakit

KUALA LUMPUR – Penternakan babi di Selangor hanya dibenarkan beroperasi di Ladang Tumbuk, Tanjong Sepat, Kuala Langat mulai tahun ini.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Datuk Ir Izham Hashim berkata, ia bagi memudahkan penyelarasan dan titik kawalan penyakit antaranya demam babi Afrika (ASF).

Beliau menjelaskan, keputusan hasil perbincangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam dibuat bagi tempoh tiga tahun sebelum semua ladang babi akan berpindah ke Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Katanya, penetapan baharu itu membabitkan 112 ladang dan pengusaha diminta membuat pembaharuan lesen mengikut Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1961 secepat mungkin, lapor Harian Metro pada Khamis.

“Ini juga adalah usaha keterjaminan makanan untuk penduduk bukan Islam selain langkah ini dapat menjaga keharmonian masyarakat serta mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar.

“Antara syarat utama permohonan lesen ini, pengusaha perlu pastikan ladang ternakan mereka berkonsep tertutup, sistem pengurusan sisa ‘zero discharge’ dan mempunyai kawasan zon mampan (buffer zone),” katanya menurut akhbar itu.

Izham berkata, setakat ini kebanyakan penternak babi memang menjalankan operasi di Ladang Tumbuk, manakala hanya tiga ladang di Sungai Belankan, Sepang.

“Sehubungan itu pengusaha diminta memindahkan ternakan ke kawasan terbabit. Permohonan sudah boleh dibuat. Proses kelulusan dijangka selesai dalam tempoh sebulan termasuk penyelesaian isu teknikal, penternakan dan kawasan,” katanya.

Mengulas berkenaan pusat ternakan babi moden di Bukit Tagar, Izham berkata, ia dijangka beroperasi pada 2030 berikutan berdepan beberapa isu termasuk pengambilan tanah.

Katanya, ladang berpusat di kawasan seluas 202 hektar itu adalah langkah jangka panjang kerajaan negeri dalam hala tuju ternakan babi.

“Jadi ini mengambil sedikit masa untuk kita selesaikan isu teknologi dan pelabur tetapi kita boleh dikatakan sebahagian daripada proses telah kita capai.

“Kawasan Bukit Tagar dilihat bersesuaian menjadi lokasi ternakan haiwan ini adalah kerana jauh daripada kawasan penempatan penduduk serta berdekatan dengan kawasan pelupusan sampah.

“Pelaksanaan kaedah ternakan di kawasan itu juga menekankan syarat utama seperti penternakan babi di Tanjong Sepat iaitu ladang tertutup, sistem pengurusan sisa ‘zero discharge’ dan mempunyai kawasan zon mampan (buffer zone),” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat