Peguam Negara tak mahu komen isu titah addendum Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memilih untuk tidak mengulas mengenai titah addendum yang dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

“Saya tidak mahu komen,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 yang disempurnakan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat di Putrajaya pada Rabu.

Dalam pada itu, usaha media mendapatkan reaksi bekas Peguam Negara, yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berhubung perkara itu juga tidak berhasil, lapor BH.

Najib yang juga bekas perdana menteri kelmarin berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan titah addendum Januari tahun lalu.

Titah addendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Malah, Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya sudah menghantar enam surat termasuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mengesahkan kewujudan titah berkenaan, namun ia tidak dijawab.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat