Mungkin surat Ahmad Zahid sokong Anwar, buktikan UMNO ada pilihan lain – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kecoh baru-baru ini apabila Tan Sri Annuar Musa membongkar perakuan bertulis sokongan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun pendedahan itu mencetuskan kontroversi, namun, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi mengklasifikasikan isu surat sokongan Presiden UMNO terhadap Presiden PKR itu sebagai satu taktikal politik.

Dalam satu forum bersama Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang bertajuk Politik Penjajaran Baru PRU15 anjuran Media Rakyat, Puad menjelaskan pandangan beliau berhubung perkara itu.

“Memang dasar parti tetapkan No Anwar, No DAP tapi kita tak boleh rigid (tegar) politik kerana kadang-kadang ia melibatkan soal taktikal.

“ Apabila timbul surat sokongan dan sebagainya ini soal taktikal. Taktikal kadang-kadang untuk memberi maklumat kepada satu pihak lagi.

“ Sebab politik mesti ada bargaining power (kuasa tawar-menawar). Kita mesti juga melakukan bargaining power dengan tujuan untuk kita ‘alert’ kepada satu pihak,” jelas Puad.

Beliau memberitahu, “ jika kau (pihak satu lagi) tidak mahu bersikap jujur dengan kami maka kami ada pilihan lain.

“Ini sebenarnya yang berlaku, tetapi ini juga memberi ruang kepada kita untuk meneroka satu penjajaran baru.

“Cuma masalah kita ialah ada orang kadang-kadang dia tidak berani melakukan sesuatu yang baru kerana bagi dia sesuatu yang baru itu melanggar tradisi sedia ada dan ini melanggar prinsip.

“Dan ini yang saya katakan bahawa akhirnya matlamat utama kita iaitu kestabilan politik itu tidak boleh berlaku,” kata beliau.

Puad menambah dalam perjuangan politik kadang-kadang kita perlu berkorban dan kadang kadang kita terkorban.

Sementara itu, mengulas isu surat sokongan Ahmad Zahid kepada Presiden PKR itu, Saifuddin berkata, bagi pihak PKR mereka tidak memandang serius berhubung surat sokongan berkenaan.

“Surat itu datangnya daripada Pejabat Presiden UMNO kepada Istana Negara.

“Sama ada surat bocor itu palsu atau tidak kita tak tahu, tapi kalau betul ia sudah membuktikan bahawa sejumlah ahli Parlimen UMNO telah menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN),” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat