IQ tahap ‘goreng pisang’ , Khairy bidas Ahmad Maslan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mendendangkan alasan UMNO mahu menamatkan kerjasama dengan BERSATU disebabkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) enggan menggugurkan kes mahkmah melibatkan pemimpin-pemimpin parti itu dianggap sebagai hujah tahap ‘goreng pisang’.

Bidasan itu dilontarkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar terhadap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sindiran Khairy itu merujuk kenyataan Ahli Parlimen Pontian itu yang menyebut alasan tersebut sebagai antara punca timbul rasa tidak puas hati ketua-ketua bahagian UMNO.

“Kalau sebab kita tidak memberi sokongan adalah kerana kerajaan ini tidak mahu campur tangan dalam kes mahkamah itu pemikiran level goreng pisanglah…kualiti IQ dia lah.
“Dulu lobak, sekarang goreng pisang, it’s not a quality reason,” kata Khairy.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Rembau itu turut membidas segelintir ahli politik yang acap kali mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

“Pelaksanaan PRU15 ketika ini tidak sesuai berikutan jumlah kes positif Covid-19 yang sangat tinggi,” jelasnya.

Tambah beliau, PRU15 bukan saja dihalang oleh akar umbi UMNO bahkan majoriti rakyat di neagar ini tidak mahu ia diadakan dalam waktu terdekat susulan kes jangkitan yang masih tinggi ketika ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat