Jika sebab kes mahkamah, UMNO Pontian tak tolak Bersatu pun- Ahmad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tegas menyatakan usul tolak Bersatu bukan kerana kes mahkamah sebaliknya berpunca daripada hubungan renggang.

“Jika sebab kes mahkamah maka UMNO tolak Bersatu, kenapa bahagian saya sendiri di Pontian tidak usulkan tolak Bersatu?

“Bahkan dalam ucapan Pemuda dan UMNO Bahagian Pontian pada 3 Januari lalu sepatah tentang kes mahkamah pun saya tak sebut,” jelas Ahmad.

Beliau sebaliknya memberitahu, lebih 118 UMNO Bahagian di seluruh negara mengemukakan usul tolak Bersatu sebab hubungan renggang di bahagian masing-masing dan sebab-sebab lain.

Ahmad sebelum ini dalam satu temubual memaklumkan UMNO dingin dengan Bersatu dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana keengganan kerajaan meneliti semula pendakwaan yang bermotifkan penindasan politik zaman Pakatan Harapan (PH).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat