Tujuh projek telah dan sedang dilaksanakan di Tasik Kenyir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan terdapat tujuh projek yang telah dan sedang dilaksanakan di Tasik Kenyir di bawah RMKe-12.

Menurut beliau, peruntukan pembangunan bagi tahun 2024 adalah berjumlah RM11.95 juta untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur pelancongan dan kawasan tarikan di Tasik Kenyir.

“Bagi merancakkan perkembangan ekonomi dan sektor pelancongan, Tasik Kenyir telah diwartakan sebagai kawasan Zon Bebas Cukai pada 27 Januari 2017 dan berkuatkuasa pada 1 Februari 2017.

“Pelbagai agenda pembangunan yang telah dilaksanakan atau yang akan dilaksanakan telah dirancang bagi memenuhi keperluan pelancong terutamanya penyediaan infrastruktur fizikal termasuk menaiktaraf kemudahan awam, sistem perhubungan dan pengangkutan, perumahan dan perniagaan, kemampanan alam sekitar, peningkatan imej kawasan, kemudahan pengusaha pelancongan dan program-progam promosi pelancongan,” katanya.

Zahid berkata demikian menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda yang bertanya isu berkenaan pembangunan Tasik
Kenyir di bawah KETENGAH sebagai destinasi tumpuan pelancong.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat