Onn Hafiz harap UMNO Johor dapat gerak dalam satu pasukan

- Advertisement -

JOHOR: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu dilantik, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pemimpin dan ahli-ahli UMNO Johor dapat bergerak dalam satu pasukan dalam memperjuang agama, bangsa dan tanah air.

Beliau yang menggantikan Datuk Seri Khaled Nordin mengucapkan terima kasih kepada Khaled atas komitmen, bantuan dan kerjasama beliau dalam menerajui UMNO Johor selama ini.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO Malaysia yang telah melantik dan memberi kepercayaan kepada saya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Khaled Nordin atas komitmen, bantuan dan kerjasama beliau dalam menerajui UMNO Johor selama ini.

“Saya juga mohon agar kepimpinan dan ahli UMNO Johor dapat bersama-sama bergerak sebagai satu pasukan dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. Insya-Allah,” katanya menerusi kenyataan Facebooknya, sebentar tadi.

Terdahulu, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu dan Johor diganti berkuatkuasa serta-merta.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Johor yang berkuat-kuasa serta merta.-SUARATV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat