Hujan gerimis iringi pengebumian jenzah Zayn Rayyan

- Advertisement -

PETALING JAYA – Hujan gerimis mengiringi pemergian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara, di sini hari ini.

Hampir 200 ahli keluarga dan sahabat handai mengiringi jenazah ke tanah perkuburan berkenaan selepas selesai disolatkan di Masjid Al-Muhtadin, Damansara Damai, di sini jam 6.30 petang tadi.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan selepas Allahyarham selesai dikebumikan kira-kira jam 7 petang.

Hadir sama, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Riak wajah sugul jelas terpancar pada wajah setiap ahli keluarga yang ditemui namun kesemua mereka enggan mengulas lanjut mengenai tragedi itu dan menyerahkan siasatan kepada pihak polis.

Terdahulu Harian Metro melaporkan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang dilapor hilang, ditemui meninggal dunia.

Mayat Allahyarham ditemui jam 10 malam semalam kira-kira 200 meter dari kawasan rumahnya di Damansara Damai, di sini.

Bermula kelmarin, pencarian turut dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Unit Anjing Pengesan (K9) yang membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran sekitar 300 meter radius.

Zayn Rayyan disedari hilang sejak 12.30 tengah hari Selasa, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Allahyarham yang ditemui meninggal dunia malam tadi di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini disahkan mati dibunuh.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan bunuh selepas proses bedah siasat ke atas Zayn Rayyan mendapati terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat