Buang masa cuba sedarkan Zahid, biarlah dia kekal sombong – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno akan terus terjerat dalam mainan Presidennya sendiri dan akan kekal dalam “self-denial” .

Ini kerana “stake” yang perlu dipertahankan Presiden dan penyokong tegar kelilingnya amat besar dan mereka akan terus bergayut pada ghanimah yang mereka perolehi walau Umno terus karam dalam politik negara.

Demikian pendapat bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau kini yang menjadi ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, kenyataan balas Timbalan Presiden PAS bahawa Umno bolehlah kekal “menjilat” dan menjulang DAP adalah tepat.

“Mereka tidak akan mendengar isyarat daripada orang Melayu dan umat Islam,malah mereka lebih bersedia melipat gandakan usaha menjual naratif pro liberalis,pluralis dan sosialis DAP,” dakwa Annuar dalam kenyataan pada Khamis.

Annuar menegaskan, Umno pimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah lambang kejayaan terbesar DAP dan PKR,sekali gus menguburkan parti itu buat selamanya.

“Dari membuang masa cuba menyedarkan Zahid,lebih baik PAS,PN dan saf politik dan NGO yang sealiran menumpukan perhatian mengukuhkan muafakat diakar umbi termasuk bersama ahli Umno utk memantapkan solidaritI politik orang Melayu dan umat Islam dalam kerangka besar negara berbilang kaum dan agama di negara kita Malaysia.

“Kelompongan politik Melayu Islam yang ditinggalkan dan dibiarkan Umno boleh segera kita isi bersama dengan dukungan kuat rakyat seperti dibuktikan dalam pilihan raya- pilihan raya yang baru berlalu,” katanya.

Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan kenyataan balas daripada Presiden Umno mengenai kebersamaan kedua-dua parti menggambarkan perbezaan dasar,pendekatan dan kebijaksanaan antara pimpinan kedua dua parti.

“Sementara PAS istiqamah dengan dasar kesederhanaan,terbuka,mendahulukan muafakat serta prinsip Islam dalam bertaawun,bertahaluf dan bertaayush.

“Umno pimpinan Zahid mengekalkan sikap sombong,mempertahankan jajaran barunya,dan terus mengheret Umno semakin jauh dari naluri dan sentimen politik orang Melayu dan Islam.

“Pada saya,biarlah Zahid dengan agendanya dan terserahlah kepada ahli mereka menentukan masa depan mereka.Dengan pemecatan ahli MKT mereka Isham Jalil,kita boleh gambarkan apakah bentuk Umno era Zahid ini,” bidas Annuar.

Beliau malah menegaskan, PN sudah mengambil alih peranan BN,dan PAS sudah mengambil alih tempat Umno dihati rakyat.

“Masanya sekarang untuk bergerak mengisi aspirasi rakyat…lupakan mereka yang bersama politik kleptokrasi,kakistokrasi, manipulasi,serta dasar dasar pluralis dan liberalis mereka.

“Biar mereka kekal saling menyokong sesama mereka,”ujar Annuar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat