Agong cemar duli rasmi pusat pentadbiran baharu kerajaan negeri Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mencemar duli bagi merasmikan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) di KotaSAS, Kuantan.

PPAS akan menjadi pusat pentadbiran baharu kerajaan negeri bagi mengantikan Wisma Sri Kuantan yang sudahpun berusia lebih 50 tahun.

Hadir sama YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Yaakob, Mantan Tuan Yang Terutama Negeri Melaka yang juga Mantan Menteri Besar Pahang, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob, barisan Exco serta kepimpinan negeri Pahang.

Baginda menzahirkan rasa bertuah kerana dapat merasmikan pusat pentadbiran Negeri Pahang sebelum berakhir tempoh khidmat baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Saya rasa bertuah pada hari yang redup dan penuh keberkatan ini dapat hadir pada majlis yang saya nanti-nantikan sepanjang lima tahun jadi Yang di-Pertuan Agong.

“Menyentuh kronologi kewujudan PPSAS, pada tahun 2014 saya telah persembahkan kepada Almarhun ayahanda saya ketika itu berkenaan hasrat membina sebuah pusat pentadbiran baru memandangkan Wisma Sri Pahang sudah terlalu lama dan mengalami masalah maintenance (penyelenggaraan).

“Ia (pusat pentadbiran) ditempatkan di KotaSAS ini dan dah sampai masa bandar Kuantan diperbesarkan lagi supaya boleh diversify penduduk di Kuantan yang kini semakin hari semakin sesak. Dengan wujudnya bandar satelit KotaSAS ini akan bantu kurangkan kesesakan bandar Kuantan,” titah baginda.

Dalam pada itu baginda bertitah, konsep pembinaan bangunan PPSAS ini agak berbeza dan unik hasil daripada hasrat baginda sendiri.

“Saya hendak konsep yang lebih ultra modern berlandaskan keperluan ESG (Environmental Social and Governance) demi kepentingan pada masa akan datang selain mahu bangunan ini menjadi ikonik untuk orang luar tengok dan bergambar.

“Tidak jauh dari sini kita bina masjid bertaraf tinggi di atas tanah KotaSAS yang ditaja Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan di mana usaha saya ini adalah di atas hubungan baik sejak sekian lama,” titah baginda, lapor PahangMedia, pada Khamis.

Baginda Al-Sultan Abdullah mengucap terima kasih kepada mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak kerana setuju bina stesen ECRL di KotaSAS ini.

“Lebih menarik, di sini juga terdapat sebuah stesen ECRL dibina di mana perjalanan pembinaannya cukup mengagumkan dan dijangka siap hujung tahun 2026.

“Saya nak ucap terima kasih kepada mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak kerana setuju bina stesen ECRL di KotaSAS ini. Terima kasih juga kepada adinda saya Tengku Muda, Tengku Nong, Tengku Faisal dan pasukan yang telah memberi tumpuan dan pemantauan ke atas projek pembinaan PPSAS ini,” titah baginda.

Baginda turut merakamkan penghargaan kepada 15 orang Menteri Besar Pahang dan 22 orang Setiausaha Kerajaan Pahang yang telah berkhidmat sejak pentadbiran Kerajaan Negeri terbentuk pada 1948.

“Saya harap Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Dato’ Sri Haji Wan Rosdy ini dapat terus meningkatkan segala usaha mempelbagaikan hasil dan perbanyakkan peluang pekerjaan untuk rakyat.

“Saya bersyukur kerana kutipan hasil negeri begitu menggalakkan dan ini adalah suatu yang sangat baik. Apa yg lebih penting tingkatkan usaha untuk membantu rakyat yang miskin kerana itu (bantuan kerajaan) sahaja harapan mereka.

“Gunakan hasil-hasil (negeri) ini untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan, dan seruan sama saya tujuan kepada mereka berkemampuan untuk tampil sama membantu,” titah baginda.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat