Undi Pada Hari Bekerja Mungkin Faktor Pengundi Muda Tak Ramai – Johari

- Advertisement -

TIOMAN – Calon Barisan Nasional (BN) DUN Tioman,Datuk Seri Mohd Johari Hussain mengakui pengundian di saluran 4 dan 5 agak perlahan memandangkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada hari Rabu.

Johari berkata demikian hasil daripada tinjauannya di beberapa pusat pengundian di DUN Tioman pagi tadi.

“Beberapa aluran tertentu agak perlahan kehadiran pengundi muda dapat lihat saluran 4 dan 5.

“Mungkin faktor awal pagi, atau mereka akan datang tengah hari maklumlah hari ini hari bekerja.

“Hari pengundian pada Rabu juga membuatkan pengundi luar tidak dapat balik memangkah. Ini menjadi faktor utama saluran 4,5 agak perlahan,” katanya ketika ditemui media di Sekolah Kebangsaan (SK) Pontian selepas mengundi pagi tadi.

Pun begitu, Johari senang melihat proses pengundian di saluran 1,2 dan 3 rancak dan memberangsangkan.

PRU15 DUN Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Pejuang dan seorang Bebas. -Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat